MAJLIS DAERAH PUTATAN MAJLIS DAERAH PUTATAN




BAHAGIAN PENTADBIRAN


1. Pengenalan
Bahagian ini merupakan penggerak utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan penubuhan, pembelian peralatan dan menyelaraskan semua mesyuarat sebagai tambahan kepada mesyuarat lain seperti jawatankuasa kecil, Integriti, Pengurusan dan Perhimpunan Pagi.

merupakan satu bahagian yang memberikan `supporting services’ kepada jabatan. Tugas-tugas sedia ada merangkumi perkara-perkara berikut:
• Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
• Kualiti, Latihan dan Kompetensi
• Pengurusan Tatatertib dan Prestasi

2. Objektif
untuk meningkatkan tahap profesioanalisme dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang meliputi perkhidmatan dan penjawatan selaras dengan pekeliling sedia ada.
Memastikan keperluan tenaga kerja adalah mencukupi dan bersesuaian dengan keperluan fungsi dan peranan MDPTN serta bertanggungjawab memastikan tahap disiplin dan tindakan tatatertib dilaksanakan dengan integriti yang tinggi selain menjaga kebajikan dan mengiktiraf jasa warga kerja MDPTN

3. Fungsi Bahagian
• Bertanggungjawab dalam memastikan urusan sumber manusia dan pembangunan organisasi dilaksanakan mengikut peraturan semasa.
• Bertanggungjawab dalam urusan Latihan dan peluang kerjaya.
• Bertanggungjawab dalam memastikan urusan tindakan tatatertib dilaksanakan mengikut peraturan semasa dengan adil dan saksama
• Bertanggungjawab dalam memastikan urusan surat-menyurat dan mesyuarat keselamatan.
• Menyelaras aktiviti-aktiviti jabatan.
• Mengendalikan urusan perjawatan dan pengurusan sumber manusia.
• Menguruskan urusan peperiksaan, kursus, cuti dan lain-lain.


>KLIK “LINK DIBAWAH” UNTUK MEMAPARKAN DASHBOARD KAKITANGAN<
KLIK SINI UNTUK PAPARAN DASHBOARD KAKITANGAN